"Suara Mahasiswa"

Universiti tempat MAHASISWA belajar MenJadi PEMIMPIN ...

Thursday, February 18, 2010

:: Malam Muhasabah MESSAGE 08::



Ini lah gambaran serba sedikit suasana malam muhasabah MESSAGE 08. Kami ucapkan tahniah kepada FASIlitator yang telah banyak memastikan perjalanan program terus berjalan lancar. Setiap fasi bijak dalam mengawal suasana yang sangat mencemaskan.
Baca selengkapnya

:: Nukilan Ikhlas Buat RATUku.. :: Khas daripada TEAM FASI MESSAGE 08 ::




Buat sahabat-sahabat sekalian. Di sini kami kongsikan sedikit coretan bermakna buat teman-teman. Andai ini yang kita cita-citakan. InsyAllah... Mutiara paling berharga akan diperolehinya nanti.. Percayalah Akan kemampuan diri.Andai diri benar-benar inginkan yang insan yang baik. Maka diri perlulah menjadi yang lebih baik dan terbaik.
Baca selengkapnya

Thursday, February 11, 2010

:: Lelaki Acuan Al-Quran ::

Lelaki acuan al-quran ialah seorg lelaki yg beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada allah,
Yang sentiasa haus dgn ilmu, dahaga dgn pahala,
Yang solatnya adalah maruahnya,
Yg tdk pernah takut berkata benar,
Yang tdk gentar melawan nafsu...
Lelaki acuan al-quran ialah lelaki yg menjaga tuturkatanya,
Yg tdk bermegah dgn ilmu yg diperolihinya, 
Sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yg pelindung,
Yang mempunyai ramai kawan dan tdk mempunyai musuh bersifat jembalang...
Lelaki acuan al-quran semtiasa menghormati kedua ibubapanya,
Yg bakal menjaga keharmonian rumah tangga ,
Yg akan mendidik anak-anak mendalami ilmu agama,
Yg mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunai baginya adalah rumah sementara menunggu  akhirat...
Lelaki acuan al-quran sentiasa bersedia utk agamanya,
Yg hidup dibawah naungan al-quran dan mencontohi sifat saidina abu bakar as-siddiq,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dgn rahmat allah ke atasnya....
Lelaki acuan al-quran tdk pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca,
Yg suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Yg tidurnya lena dgn cahaya keimanan,
Bangun subuhnya penuh dgn kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...
Lelaki acuan al-quran sentiasa mengingati mati,
Yg baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yg mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga,
Meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian....
Lelaki acuan al-quran ialah lelaki yg tidak terpesona
Dgn buaian dunia,
Kerana ia mengimpikan syurga,disitulah rumah impiannya,
Baca selengkapnya

HIKMAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA

Selain diutuskan sebagai nabi, Nabi Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.

Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.
"Siapakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan.
"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.

"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.

"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.
"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.
"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."
"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"
"Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."
"Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan.
"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam."

Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.
Baca selengkapnya

Wednesday, November 18, 2009

:: KEMASKINI::


Salam perjuangan buat teman-teman sekalian.. Pertamanya admin pohon beribu kemaafan kerana blog ini begitu lama sekali tidak dikemaskini... Walaupun blog ini tidak dikemaskini tetapi program dan aktiviti hadaf tetap berjalan...

Kali ini admin akan cuba pastikan blog ini akan sentiasa dikemaskini... Buat pengetahuan semua blog ini dalam proses pembaik pulihan dan pembaharuan.. Sebaran maklumat berita terkini serta aktiviti terbaru akan kami cuba iklan kan serta merta..

Kepada Ahli hadaf yang sentiasa mengharapkan yang terbaik buat hadaf admin ucapkan terima kasih... Kesudian pihak antum dan antunna untuk melihat hadaf bergerak jauh amat dihargai... Ini lah dinamakan ukhwah dan persaudaraan yang sangat bernilai..

........
Baca selengkapnya
 

About Me

My photo
Himpunan Anak Didik Sek Men Agama Al-Falah ditubuhkan untuk mengeratkan silaturrahim di antara ahli...

:: Event HADAF ::

My Blog List

:: Institut Pengajian Tinggi Awam ::

Term of Use